NIK's FotoPage - - Fotopages.com
~! Jadi tukang bungkus makanan sempena jamuan HRC !~
Semalam (27/8/2008) bos HRC (Prof Abang Abdullah) anjurkan Majlis Jamuan Tahunan (yer la kot-not sure)..Ummi dijemput sama. Dari kul 11pg lagi bau menusuk kalbu ngan makanan yang besh! Semalam ummi makan lewat sket, kul 10.30pg, alang2 dah beli nak makan awal takde selera lagi, makan la lewat pun. Tapi ummi dah tahu HRC adakan jamuan, pegi aje la sebab org dah jemput kan..tak baik kan kalau tak hadir majlis org terutama dijemput khas. Lagipun ofis sama level.
Pada mulanya ummi makan laksa penang(kuala kangsar la kot), besh jugak coz lama dah nak makan. Ummi kerap makan laksa masa ngandungkan Insyirah dulu. Besh jugak laksa dia. Pas tu ummi amik desert (buah-honey dew, n kek). Sumenya besh!! mana tak beshnyer, FREE... :->
Dah kenyang masuk ofis, sambung keje. Dalam kul 2 ptg, ummi terasa nak makan satay plak. Lepas makan tu, tolong staf HRC tapaw makanan yang berlebihan. Untuk mengelakkan pembaziran. Ummi macam jadi ketua kumpulan utk menapau la pulak (sume kawan2 ummi ckp ummi ada telant utk bukak kafetaria.. LOL kelakar  :-D ). Ummi ada gak niat, tapi nanti2 la...not now!!
Ni ada sedikt gambar2 candid yang diamik oleh auntie Yana (jurukamera la tu, ntah ape la gambo yang dia amik)..So, merci-becoup (tqvm) to Yana....
!~ Jenjalan di sekitar A Famosa ~!
Next day (10/8/08)
Di kesempatan itu juga, ummi sempat la bawak abah, Insyirah & 'teh' (mak sedara Insyirah laaa - belah abah) jenjalan di kota A Famosa. Cuaca pada hari tersebut agak ok, just nice. tak panas & tak sejuk...tapi anak ummi yang tak comfortable. Mana dia biasa jenjalan, masih lagi kecik & tak memahami.
Tapi in the future, Insyirah akan kerap jenjalan ngan ummi n abah!  :-D
~! Menghadiri Majlis Konvokesyen UTeM !~
Last week (9/8/2008), kami sekeluarga sempat g jenjalan ke Melaka Bandaraya Bersejarah.. Tujuan asalnya hanya untuk meraikan kejayaan anak sedara ummi (abang sepupu Insyirah) yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan menerima Ijazah Pertama Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer di UTeM (Universiti Teknikal Melaka Malaysia).  :-)
Pada hari tersebut, yang sempat datang merai adalah kedua ibu bapa Asyraff (semestinya), adik bongsunya, che yah dan kami bertiga. Kebetulan mak sedara Insyirah pun ikut sama pada majlis tuh. Walaupun tak ramai, tapi meriah....
Tahniah dari kami bertiga buat abe AHMAD ASYRAFF SHARI  :->  8-)  Do your best in the future!!!
AHMAD ASYRAFF SHARI
~! Pelawat !~
Baru2 ni, kami sekeluarga dikunjungi oleh En Wan sekeluarga (office mate abah cum anak sepupu nenek Syirah). Ada bersama anak sulong En Wan yang sebaya ngan Syirah (beza seminggu awal ngan Syirah). Namanya Wan Zafran kot (lupe nama penuhnya  $-) )
Sempatla bergambar bersama walaupun masing2 tak pandai berkawan lagi...
~! Anak Ummi demam !~
Baru2 ni, anak ummi demam. mungkin disebabkan cuaca panas yang tak menentu (kekadang mendung nak ujan, tapi tak ujan). kesian Syirah.  :-S ummi & abah tak dapat tido ngan nyenyak malam tu bile Syirah merengek. Asyik2 nangis, badan panas.ummi & abah dah panic n tak tau camane nk wat.. nak g klinik, waktu tu tengah malam. nasib baik ada paracetamol dalam peti ais (ubat masa kena cucuk dulu), sambil letak kain basah atas kepala sementara menunggu hari cerah untuk ke klinik. sib baik gak hari tu hari cuti. so, kami tunngu sehingga hari cerah.
Keesokkannya, ummi & abah g klinik yang biasa kami pegi, tapi tutup plak. terpaksa cari tempat lain.  :-( kebanyakan klinik cuti pada hari minggu. yang susahnya ummi n abah tak tahu tempat tu sangat, maklum la jarang ummi & abah sakit. abah tanya sesape yang tahu klinik berdekatan. akhirnya abah dpat tahu klinik di Taman Seroja beroperasi pada waktu cuti. kami terus pegi sana. Dr hanya bagi ubat untuk mengurangkan panas badan Syirah.
Baru sekarang tahu bagaimana rasanya bila anak demam, pengorbanan ibu kita dulu camtu la...serba tak kena.
Dah habis demam, dpt batuk plak  $-) ..2 minggu gak baru ok.
Sekarang, alhamdulillah...anak ummi dah semakin sihat n ceria seperti dulu.  :->
!~ Bile excited ngan kapal terbang ~!
Bile tiba je ujung minggu, abah-ummi-syirah pergi kat airport kat KLIA untuk tengok flight lending. tak tau la ape keistimewaannya tengok benda Allah ni. Tapi syok gak bile dgr bunyinyer (biar tak dapat naik pun)... :-D ..
Habis sume orang yang datang umah kami ajak pegi tengok.  ;-) lokasinya bertempat di LCCT dan jugak KLIA itself. Bawak bebudak lagi besh, diorg memeng suka tengok flight ni...menjerit2 tengok, bile dah tengok cakap kat makayah diaorg nak naik plak. Itu la yang jadi kat sepupu Ummi (Zuraidah). Nasib la ari tu, cuaca kureng elok, ujan. kalau tak tak nak balik nk tengok flight naik-turun. 8-)
Tak ketinggalan nenek Syirah n Sepupu Syirah (Abe Asyraff)...suka sangat!!! Abah lagi la...dia la yang mastermind., ajak ummi n syirah p sana. :->  $-)
Si anak Ummi ni tak tau la, nanti kalau dah besar n faham situasi mungkin sama gak kot. :P
Kawan Umi kawen...Rosilawati Kassim
Firstly, Ummi nak mintak maaf kat Auntie Rosilawati coz masa dia kawen ari tu Ummi tak dapat pegi. Masih dalam pantang. Alhamdulillah, Ummi dapat salinan gambonya. Disini Ummi tak sempat nk wat cantek2, sebok n takde masa. Cuma beberapa keping gambo je yang ada.
Anyway, "SELAMAT PENGANTIN BARU" diucapkan kepada Auntie Ti dan suami....Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat!!!
Ikhlas dari
Nik Muhamad Faiz
Nik Syazurawati
Nik Syazahra Insyirah  :->
Pertukaran gelaran...
Mulai saat ini, secara rasminya panggilan utk Sya diubah. Kini, FP ini milik NIK SYAZAHRA INSYIRAH sepenuhnya (Kalau ada yang lain pas ni, tukaq plak - hakmilik bersama)  :->  8-) .
Bawah ni mimik muka anak UMI bermula di 'agah' hinggalah dia te'tidoq'...kesian tul Umi tengok, bukan main susah nak tido.
Makluman : Pada umur Insyirah 1 bulan, dia dah pandai pakai gaun....Ummi dia la (Ummi dia suka, geram tengok mana2 gaun, mesti pakaikan untuk Insyirah) .... :-D  ;-)
NIK SYA INSYIRAH.....DALAM SATU
Sejarah NIK, SYA & INSYIRAH.
Nama NIK SYA INSYIRAH merupakan gabungan nama2 kami anak beranak...Panggilan NIK adalah untuk abah, SYA untuk ummi dan INSYIRAH buat permata hati kami. Secara kebetulan nama2 ni muncul, tidak terlintas akan kewujudan nama ini. Oleh itu NIK SYAZAHRA INSYIRAH  adalah kegembiraan kami bersama menjadi SATU..
Dah lama Sya update FP ni. Banyak kekangan yang terpaksa dihadapi. Antara sebab ‘ketiadaan masa dan kesempatan’ ialah di waktu Sya pregnant dan selepas kelahiran cahaya mata pertama Sya & suami. Kini barulah Sya ada masa sedikit setelah baby dah besar sket.
Disini Sya ingin kongsikan apa yang berlaku sebelum ni dimana ia merupakan suatu pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan...
1)	Mengandung
Berita tentang kehamilan Sya menggembirakan buat suami tercinta (Nik Faiz).. Namun, dalam kegembiraan itu terselit kesedihan kerana Sya terpaksa menolak tawaran KPLI (sebagai guru). Rezeki anak datang dulu daripada rezeki jadi cikgu. Apakan daya, semua sudah tertulis dan itu kehendak-Nya.
Dalam masa mengandung tuh, alahan biasa dialami oleh mana2 bakal ibu. Permintaan yang pelik2 tidaklah menjelma yang menyusahkan suami Sya (nasib baik-sebenarnya tak nak nyusahkan abang). Namun dalam bulan Ramadhan tahun lepas (2007) banyak sangat dugaan. Sya tidak mampu berpuasa sepenuhnya (Sya alami keletihan yang tidak dapat diceritakan), rasa mual datang pada waktu pagi dan waktu petang..Keletihan yang luar biasa tu menyebabkan Sya tidak mampu meneruskan ibadah pose sepenuhnya.Nampaknya Sya kena la berganti pose pas ni...hehe
2)	Masalah dalam kehamilan
Pada minggu ke-37 kehamilan, Dr. Di klinik kesihatan mendapatkan rawatan daripada Dr. pakar di hopital Putrajaya. Ini adalah disebabkan penyakit kencing manis yang Sya alami menyebabkan baby dalam rahim bersaiz kecil dari biasa (normalnya kalau ibu ada kencing manis, saiz baby akan besar, tapi Sya terbalik pulak).
Seminggu selepas itu, setelah diperiksa oleh pakar Hospital Putrajaya, dr mendapati saiz baby Sya memang kecik, hanya mencapai 2.4 kg dan jumlah air mentuban semakin berkurang sedangkan waktu bersalin(40 minggu) semakin dekat. Untuk mengelakkan sebarang kemingkinan yang tidak diingini, dr mencadangkan agar Sya masuk wad dan bersalin awal (induce).
Setelah berbincang dengan suami, kami membuat keputusan untuk pulang ke kampung dan Sya akan bersalin di sana. Sebelum ni kami bercadang untuk bersalin disini. Kesian kat anak sedara  Sya (Nadia Nabila) yang tak sampai seminggu datang KL nk berjalan2, tp dah kena balik.
3)	Bersalin
Sekembalinya ke kg (Kelate), Sya & suami bergegas ke HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) sambil ditemani kakak Sya & anak buah (nasib baik ada kakak Sya yang keje kat sana, dia la yang tolong percepatkan proses di unit kecemasan). Selepas melakukan pemeriksaan oleh dr, Sya dimasukkan dalam wad. Selama 4 hari dr membuat pemerhatian ke atas kandungan Sya, dr menyatakan tiada peningkatan berat badan baby dan jumlah air mentuban pun semakin berkurang. Tiada cara lain yang disarankan oleh dr melainkan ‘induce’.
Keesokan harinya, 7hb April 2008 kira2 jam 8.30 pg dr memasukkan ubat bagi tujuan membuka jalan. Kesakitan hanya seketika berlaku, selang 10minit. Tapi setelah diperiksa, jalan hanya terbuka 1cm (lambat lagi). Sepanjang hari begitu la keadaannya sehingga ke malam dan menjelang pagi keesokannya.
Jam 7.30 pg 08/04/08, dr pakar yang meronda pagi tu menyarankan prosedur yang sama dilakukan seperti hari sebelumnya. Sya akur. Setelah 3 jam berlalu, Sya mula merasakan kesakitan terutamanya di bahagian peha, perut pinggang & belakang. Kesakitan itu semakin kuat menjelang jam1 tghari. Pada waktu itu, suami Sya berada di sisi (tapi hanya waktu melawat). Dia lah yang menggosok belakang Sya, membisikkan agar Sya bersabar. Pada waktu itu juga, kakak Sya iaitu Ka Nie & Kak Yah datang menjenguk Sya. Sya tiada mood nak bercakap disebabkan kesakitan yang teramat sgt sehinggakan telefon berdering pun tidak kedengaran. Jam 2 ptg, dr yang memasukkan ubat datang memeriksa jalan. Tapi bukaan hanya 2 cm (dr ckp mungkin lambat lg). Jadi, Sya berehat sendirian di katil sambil mengerang kesakitan.
Pada jam 4.30 ptg, sekali lagi dr memeriksa jalan. Namun, bukaannya masih sama iaitu 2 cam. Kesakitan yang Sya alami semakin bertambah. Tiada ungkapan lain yang keluar dari mulut Sya hanya ‘La ilahailla anta Subhanakainni kuttumina zalimin’ sambil mengucap. Semua bacaan keluar dari mulut Sya untuk mengurangkan sakit. TUHAN MAHA KUASA.
Pada jam 5.50 ptg, setibanya kakak Sya (Kak Yam), kesakitan menjadi2. Sya terasa akan sesuatu akan terkeluar (seperti nak buang air besar). Sya minta nurse memeriksa jalan, memandangkan tiada dr pada waktu itu. Setelah diperiksa, nurse mendapati jalan 9cm telah terbuka, bermakna bersedia untuk bersalin. Sya disorong ke labor room secepat yang boleh. Nurse menolak wheel chair tu dengan laju sekali. Bayangkanlah, kepala baby dah nak kuar. Sya tahan sehingga tiba di labor room.
Sya berada di labor room pada jam 6.05 ptg. Semua persediaan telah diaturkan. Sambil menjerit kesakitan, Sya ditenangkan suami tercinta. Sejurus selepas itu, pada jam 6.15 ptg Sya terdengar tangisan baby dan iqamat oleh dr yang menyambut. Alhamdulillah, Sya berjaya lahirkan baby girl. Setelah baby dibersihkan, dr meletakkannya di atas dada Sya. Sya sungguh terharu. Segala kesakitan dan keperitan melahirkan anak mengingatkan Sya kepada keperitan ibu Sya sewaktu dia melahirkan Sya dulu....Terima kasih ibu (che) kerana memberi peluang Sya merasai keperitan dan pengalaman ini.
Setelah semuanya selesai, Sya & baby dimasukkan semula ke wad dan keesokan harinya Sya dibenarkan keluar wad. Sekalung ucapan teima kasih yang tak terhingga buat orang2 yang selama ini banyak membantu Sya terutama suami tercinta (NIK MUHAMAD FAIZ) di atas dorongan sepanjang kehamilan dan kelahiran pertama ini. Begitu juga, ahli keluarga Sya iaitu Kak Nie, Kak Yam & Kak Yah. Tidak lupa kepada anak2 buah Sya yang banyak membantu terutama Nadia (nanti datang KL kita p jenjalan ek).
Oleh itu, Selamat Datang Kepada “NIK SYAZAHRA INSYIRAH” Ke Dunia...