Want your
own Fotopage?










 
NIK's FotoPage

By: NIK FAIZSYAZ

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Sunday, 27-Sep-2009 05:43 Email | Share | | Bookmark
~! LAMA SUNGGUH TAK UPDATE !~

Nik Syazahra Insyirah
Nik Muhamad Fahmi
 
 
Salam...

Lama dah tak update FP ni...asyik sibuk aje. lebih2 lagi bos takde, kena buat kerja sendirian. Last update cerita pasal kelahiran nik junior 2 aje..mesti yng lawat web ni boring, asyik2 cerita yang sama...takde perkembangan terbaru. bukan apa, kerja bnyk sgt dan tak mampu sya ceritakan.

Apa2 pun, ini merupakan titik kebangkitan kembali FP NikFaizSyaz1980...hihihi

.

Sekarang Nik Syazahra Insyirah (Nik junior 1) dah berumur 1 tahun setengah..Adik dia Nik Muhamad Fahmi (Nik junior 2) berusia 6 bulan.... Ini adalah gambar utk tatapn semua, bila ada kesempatan, ummi akan upload gmbr lagik.






Care to comment?


Monday, 4-May-2009 06:34 Email | Share | | Bookmark
~! KAKAK : Insyirah ~!

 
Puteri Ummi yang comey...I love you forever & ever!!!


Care to comment?


Tuesday, 14-Apr-2009 03:59 Email | Share | | Bookmark
~! Welcome to Nik Junior 2 : Nik Muhamad Fahmi !~

14 March 2009 - Nik Muhamad Fahmi
14 March 2009 - Nik Muhamad Fahmi
14 March 2009 - Nik Muhamad Fahmi
View all 6 photos...
Assalamualaikum @ Salam Sejahtera...

Dah lama ummi tidak 'update' FP. Ini adalah disebabkan kesibukan yang teramat sangat dengan kerja dan ketiaddan masa yang sesuai untuk mewujudkan 'entry' yang baru. Di saat kesibukan itu, ummi tidak secukup aktif seperti biasa ( mengandung anak ke-2) memaksa ummi 'posponed' masa untuk melalukannya.

Dikala ini, ummi telah selamat melahirkan anak ke-2 ummi dan abah merangkap adik kepada "NSI" @ panggilan manjanya : Kakak. Kali ini kami dikurniakan seorang Putera pula. Alhamdulillah, kami dapat sepasang dan putera kami itu sihat walafiat. Waktu berpangtang ini, ummi luangkan masa seketika untuk bercerita tentang pengalaman sewaktu melahirkan si comel yang ke dua ini.

Berikut adalah rentetan cerita secara ringkas :

Quote:
Ceritanya bermula : -
Ummi tidak menyangka bahawa kelahiran pada kali ini dipermudahkan ALLAH SWT. Alhamdulillah, ummi bersyukur. Sebelum tibanya tanda-tanda untuk bersalin, ummi masih lagi bekerja dan aktif ke sana sini. Mungkin berkat pergerakan yang aktif inilah kelahiran mudah berlaku.


13/3/2009 ~ Jumaat

Ummi tidak merasa apa-apatanda untuk melahirkan adik NSI ini, malah semakin bergerak aktif. Pada hari tersebut juga, ummi sempat menghadiri mesyuarat pengurusan & menguruskan kerja-kerja penerbitan newsletter kesatuan. Ummi sempat menyiapkan beberapa perkara, tapi tak lengkap sepenuhnya.

Petang tersebut, ummi terserempak dengan rakan yang bertanya " bile nak bersalin?". Ummi menjawab, "tak tahu, mungkin masa terdekat ni" (harap2 hari ini jugak)...Seperti biasa rutin harian ummi, habis kerja nak terus pulang ke rumah. Tapi pada hari tersebut, ummi pulang lewat (6.20 ptg). Ummi minta abah naik ke ofis ummi dan tunggu sehingga kerja ummi selesai. Tapi rakan sepejabat menyuruh ummi balik (dia takut ummi bersalin). Ummi terus pegi amik KAKAK NSI.

Petang tu ummi rasa penat sangat dan malas nak masak. Memandangkan mak sedara Insyirah tak ada, campur ngan malas, ummi suh abah beli aja nasi bungkus untuk dinner. Tetiba teringin nak makan ABC, sib baik ada. Balik umah, ummi makan nasi sikit aja, tapi ummi balun ABC sampai habis sampai lupa tinggalkan sedikit untuk abah. (I'm Sorry ABAH!). Satu lagi benda malas yang ummi rasa iaitu rasa malas nak mandi. Bila dah kenyang + penat, ummi tido tanpa mandi (huhu),


14/3/2009 ~ Sabtu
Jam 1.50pagi, ummi tersedar dari tido dan terasa sakit perut, rasa yang lain dari biasa. Pada mulanya sekejap-sekejap, selang 5 minit sakit itu bertambah. Ummi agak mungkin inilah masa untuk melahirkan baby. Ummi terus kejutkan abah dan abah dengan kelam kabut mengemas barang2 kakak dan memasukkan segala kelengkapan ummi + baby ke dalam kereta. Nasib baik semua sudah tersedia. Cuma sedikit terkilan, tiada siapa yang dapat menjaga Insyirah pada waktu itu kerana mak sedara Insyirah pada waktu itu tiada di rumah. Kami terpaksamembawa bersama Insyirah ke hospital. Pada masa itu juga abah tidak dapat bersama ummi kerana terpaksa menjaga Insyirah di luar 'labor room' sambil menunggu Che Yong (mak sedara Insyirah - belah ummi) datang untuk menjaganya.

Pada jam 2.50pg ummi terus ke meja daftar dan memberi segala dokumen yang diperlukan. Setelah selesai, ummi disuruh untuk masuk. Pada masa itu ummi terasa sebak meningglkan abah & Insyirah di luar. Tapi apakan daya, ummi terpaksa. Ummi tabahkan hati walaupun pada waktu itu kontraksi berlaku dgn kerap. Proses pemeriksaan berlaku sekejap sahaja. Pada waktu itu, nurse mendapati masa untuk melahirkan telah tiba. Kelam kabut nurse, bertempiaran agar segera menyiapkan kelengkapan. Akhirnya ummi disorong ke bilik yang sepatutnya dan kelahiran berlaku pada jam 3.00 pagi dengan baby seberat 3.65kg. Tapi sayang, abah tidak sempat menemani ummi di dalam labor room pada kali ini. Tapi tidak mengapa, ummi tidak kisah asalkan KAKAK Ok dan adik selamat keluar.

Alhamdulillah, semua urusan telah selamat. Pagi Sabtu ummi discharge pada jam 4.00 ptg memandangkan tahap kesihatan ummi dan adik OK. Selamat datang diucapkan kepada putera kami :
"NIK MUHAMAD FAHMI BIN NIK MUHAMAD FAIZ"
[u]

alhamdulillah. sepasang dah. tahniah. Wed 15-Apr-2009 08:26
Posted by:yan  - [Link]
tahniah! pa dah lama menghilang......pasni kena aktif blk tau dlm fp...so dpt lah kak gee tgk perkembgan fahmi...... Wed 15-Apr-2009 15:31
Posted by:gee-mama aiman,aneesa n imran hanifazira@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Friday, 9-Jan-2009 05:55 Email | Share | | Bookmark
~! NIK SYAZAHRA INSYIRAH !~Magazine Cover..

 
Salam..

Konon-konon la NSI jadik model untuk magazine.


TU LA... MEMANG GLAMER LA... HEHEH KEMAIN BESAR LAGI SENYUMAN DIA ... Mon 12-Jan-2009 15:51
Posted by:watie  - [Link]
wah glamerrrrr. dah besar dah nik jr. cantik laa dress Thu 22-Jan-2009 20:03
Posted by:yan
wah glamerrrrr. dah besar dah nik jr. cantik laa dress Thu 22-Jan-2009 20:25
Posted by:yan
View all 4 comments Add comment


Thursday, 18-Dec-2008 01:29 Email | Share | | Bookmark
~! Hari Raya Aidil Adha 2008 !~

 
 
 
View all 23 photos...
Salam...

Lamanya nak upload gambar..Bukan ape, bizi tahap cipan tak sempat pun sampai gambar dah berkulat ... Gambar raya ni pun bukannya bnyak sangat, hanya untuk memento kami sekeluarga. Kebanyakan gambar ni diambil pada pagi raya di rumah atuk+nenek Syirah di Machang, Kelantan (kami sekeluarga menyambut raya di sana), petang tu baru balik umah ummi di Pengkalan Kubor.

So far ok, raya hari tahun 2008 agak kelam kabut sket almaklumla kami adakan majlis akikah untuk Syirah (1 bhagian je), tahun 2009 buat untuk adik pulak (INsyaALLAH) kalau ada rejeki lebih.


tulah aunt gee ngindduu sgt dah lama xdpt menatap gambar syirah tauu... aunt gee ari tu celebrate raja aji kat jb..
bw selamat tahun baru utk insyirah sekeluarga....
Thu 8-Jan-2009 02:13
Posted by:gee-mama aiman,aneesa n imran hanifazira@yahoo.com  - [Link]
cuTEnyer syiRah!!! samA mCam UmMi nyER.. bilER duE neXt baBy??? x SbAr dh niE.. Sat 24-Jan-2009 14:11
Posted by:miera'auRoRa' fathi_amira@yahoo.com
Add comment


Thursday, 4-Dec-2008 07:12 Email | Share | | Bookmark
~! Insyirah pakai tudung kepala !~

 
 
 
View all 7 photos...
Salam..

Anak ummi pakai tudung... kelakar laa Insyirah ni. Time nk pakaikan tudung ni bukan main lagi susah, tp bila dah pakai lama tu, ok plak cam tak mau dibukaknyer..
Pakai tudung kepala tapi nampak rambut, camane tuh

Tapi takper laa, nanti bile dah besar anak ummi kena pakai tudung ek!!




aunt gee ngginndduu kat insyirah...
alahai tomel yer pki tudong...aunt gee pon penah try2 pkikan imran tudong..hehe.. kelakar jer.
nnt akak aneesa dh beso pon kena pki tudong..
Tue 9-Dec-2008 07:08
Posted by:gee hanifazira@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 24-Nov-2008 08:17 Email | Share | | Bookmark
~! Jom makan-makan bersama Insyirah !~

 
 
 
View all 6 photos...
Salam....

Here it is!! Gambo anak ummi makan..besh siot makan nestum ni, lebih2 lagi beras + honey (healthy). Bubur nasi kadang2 je makan (jaga badan... ) Sekali dia makan, habis comot baju. Tapi boleh dibanggakan la jugak Insyirah ni bcoz dia takde la menyembur ke, keluarkan balik apa yg dimakannyer atau apa2 saja..semua ditelannye...cuma ada sedikit lelehan di tepi2. itu biasa la, budak2..

Sekarang ni dah pandai makan sambil duduk dah..kalau letak terbaring pun dia mesti nak bangun. Atas walker pun boleh gak..sambil makan sambil jalan (jalan-jalan cari makan... )




tomeyy yer insyirah..gerramm tgk..
sambil makan sempat senyum2 gi.. mesti sedap nstum tu
Tue 25-Nov-2008 07:40
Posted by:gee  - [Link]
wahh sedappnyerr dia mamam nestum Tue 2-Dec-2008 09:19
Posted by:yaR-t  - [Link]
Add comment


Wednesday, 19-Nov-2008 05:54 Email | Share | | Bookmark
~! Gambar terperam : RAYA AIDIL FITRI 2008 !~

 
 
 
View all 6 photos...

Gambar keluarga belah abah...

Salam..

Tahun ni ummi tak bnyak amik gambar, sibuk ngan si kecik ni hah..InSyirah. Terkilan gak la gambar kami bertiga tak ade, tak tahu camane ia boleh berlaku... pelik tapi benar!!
Lagipun raya kali ni takde la meriah sangat, beraya tanpa ibu dan ayah ummi

Gambar2 ni hanyala untuk paparan sahaja, tak perlu komen apa2. insyaALLAH next raya ummi aku snap gambar, especially 'Kakak'...



KELUARGA BAHAGIA

Fri 21-Nov-2008 04:33
Posted by:FAZARINA(rinna) shafri_maju@yahoo.com  - [Link]
thn ni tema u hijau ek..
i purple!..
mmg leceh kan blk kg gan baby.
Fri 21-Nov-2008 06:23
Posted by:gee  - [Link]
nakal tgk dia isap okok..hahahahaha..selok duk suko! Sun 23-Nov-2008 14:34
Posted by:emma aklima_ram@yahoo.com
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 19-Nov-2008 00:31 Email | Share | | Bookmark
~! Bersantai - Mesra anak-abah-ummi..!~

Panjang siot rambut 'kakak'..
"Cepat ummi, snap gambo kakak!"
Smile :-)
View all 7 photos...
Salam..

NI adalah gambar santai kami sekeluarga pada hari cuti (malam kot)...Saje2 nk amik gmbor Syirah yang dah mula sibuk merangkak + berenang atas lantai Suka ummi dan abah tengok gelagat anak ummi ni. dah smakin laju dah...pastu pantang kalau ada benda2 kecik kat lantai, mesti nk try amik..semut pun dia kejar (bnyk semut kat umah-kawasan umah tu memang bnyk semut sehingga org depan umah pindah disebabkan semut)

Kalau diteliti rambut Syirah dah panjang, kejap je...rasa baru potong bulan lepas, tak sampai sebulan lagi. nantila, balik raya abah potong lagi rambut "kakak" ek!



hi! salam perkenalan dr i gee..
comel baby u..
i dh ade 3kids..
kalo u free dtg la jengok2 my fp..
Wed 19-Nov-2008 02:29
Posted by:gee  - [Link]
Add comment


Thursday, 13-Nov-2008 02:25 Email | Share | | Bookmark
~! Insyirah with teady bear...!~

 
 
 
View all 14 photos...
Salam...

Masa ni Syirah dah boleh merangkak sket2 n nak belajar duduk.. baru dapat lesen "P". Ummi sempat la amik gambar dia main ngan teady bear yg kak mimi punya (mak sepupu Syirah).

Ummi bagi kat Syirah bear tu sebab masa kiteorang pegi shopping complex ari tu, ummi bawak Syirah ke sudut mainan kanak2. Singgah seketika kat bahagian anak patung..Terus ummi bagi teady bear dari kecik sampai besar (try aje kot2 dia tak suka)...Mak aiii, sungguh excited Syirah ngan bear2 tuh. Yang paling dia takut ialah bear yang besar, kecik ok lerrr tp tak leh kecik sgt nanti Syirah gigit.

So, kat umah dah ada bnyk bear, ummi kasi la satu dulu (sementara dia kecik lagi) untuk main. Bukan main syok lagi "Kakak" nih...
Tapi kan, yang kelakarnya ummi pakaikan baju Syirah kat bear tuh (sebab SYirah tak pakai baju, panas)...dapat je aide tu, ummi terus snap gambo... Comey gak!


Siapa pakai baju n seluar sape??


Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.